Sunday, December 23, 2012

AL - IKHSAN


PENGENALAN

Siapa yang tak kenal dengan jenama Al-IKHSAN. Namanya tampak Islamik dan sukar untuk menjumpai jenama kedai sukan yang mengguna nama seperti ini. Lihat pula pada saiz font tulisannya. Nampak unik bukan. Al-IKHSAN telah berjaya berdiri sama tinggi dengan pesaing-pesaingnya yang lain dan sehingga kini menjadi jenama yang sangat dikenali ramai. Sebut saja tentang pakaian dan peralatan sukan, sudah pasti nama Al-IKHSAN akan meniti di bibir kita.
Rangkaian kedai Al-IKHSAN bukan asing lagi dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti NIKE, ADIDAS, PUMA, REEBOKS, UMBRO, LOTTO dan DIADORA pada harga yang murah.



LATAR BELAKANG PENGASAS

  • Nama penuh beliau Ali bin Hassan
  • Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993
  • Anak bongsu daripada lapan adik-beradik
  • Merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan.


SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT

  • Ditubuhkan sejak tahun 1993
  • Memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM50 ketika belajar di universiti beliau berniaga kemeja-T secara kecil-kecilan dengan rakan dan kelab sekolej pada harga berpatutan.
  • Dengan wang itu jugalah beliau mengumpul modal untuk meneruskan perniagaannya yang bermula di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah pada 1993
  • Penjualan dibuat secara kecil-kecilan dan modal juga kecil. Jualan dibuat kepada rakan-rakan satu universiti dan juga pensyarah saya.
  • Bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk menampung modal, perbelanjaan pengajian dan sara hidup
  • Ditawarkan biasiswa tetapi diberikan semua kepada ibu untuk menampung sara hidup
  • Membuka sebuah premis pertama di Holiday Plaza, Johor Baharu yang masih beroperasi hingga hari ini kerana mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan kecil.
  • Untuk mengurangkan risiko kerugian pada awal perniagaan, Jualan dilakukan secepat mungkin dengan melakukan jualan pada hari barangan sampai di dalam kedai.
  • Perniagaan dilakukan secara serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan.

TIPS KEJAYAAN

  • Berusaha mencari peluang untuk melakukan jualan di pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya di awal perniagaan ditubuhkan.
  • Berusaha mencari peluang untuk melakukan jualan di pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya di awal perniagaan ditubuhkan.
  • Untuk berjaya di dalam sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha.
  • Istiqamah dan terus buat sahaja. Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada sekiranya ditimpa kesusahan atau kerugian atau sukar mendapatkan pinjaman bank
  • Berusaha memperbaiki dan meningkatkan reputasi walaupun mengambil jangkamasa yang agak panjang untuk meraih kepercayaan pelanggan dan seterusnya meningkatkan hasil jualan.
  • Berusaha untuk memperbaiki kelemahan dalam perniagaan antaranya tidak segan bertanya kepada pelanggan mengenai kekurangan yang terdapat dalam jualan. Beliau berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.
  • Berusaha untuk mendapatkan dan memasarkan barangan yang dikehendaki pelanggan.
  • Berusaha untuk menjaga hubungan dengan Allah dengan melakukan solat lima waktu dan tidak meninggalkannya, menjaga hubungan baik terhadap ibu bapa, menunaikan zakat, memperbanyakkan bersedekah dan rajin membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
  • Beliau juga mempercayai soal jatuh bangun perniagaan ada kaitannya dengan soal takdir dan kekuasaan Allah.
  • Berusaha untuk memasarkan produk sukan yang berkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang berpatutan bagi semua lapisan masyarakat..
  • Berusaha untuk memasarkan produk yang unik yang sukar diperolehi di kedai-kedai lain tetapi dipasarkan secara meluas dengan harga yang berpatutan.
  • Berusaha untuk memasarkan peralatan sukan dan yang dipakai oleh atlet sukan bertaraf antarabangsa.
  • Mengikuti perkembangan peralatan sukan dengan melancarkan produk baru seiring dengan pelancaran produk baru di Eropah.

PERMASALAH YANG SERING DIHADAPI

Antara permasalahan yang sering dihadapi ialah untuk mengekalkan pekerja dalam industri peruncitan, ini kerana pemilihan kerjaya dalam industri ini masih lemah, Risiko "Turnover staf " adalah tinggi dalam industri peruncitan tetapi masih di paras yang terkawal kerana AL-IKHSAN berusaha untuk memberikan pakej yang terbaik seperti motivasi dan latihan di ibu pejabat di Johor.